Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Punca-punca yang boleh dipercayai Mukim ini diberi nama Mukim Air Hitam, ialah keadaan semula jadi air di kawasan seluruh Mukim ini adalah berwarna hitam dan keadaan tanahnya pun hitam(Tanah gambut). Hinggalah ke hari ini keadaan air dan tanahnya masih lagi hitam.

Luas kawasan Mukim ini lebih kurang 23, 160 ekar, dengan bilangan penduduknya 13, 450 orang, kesemuanya adalah orang Melayu. Walaupun sebahagian besar tanah di Mukim ini tanah gambut, tetapi ada juga terdapat kawasan tanah bukit (Bukit Naning, Bukit Serdang, Bukit Tapai dan kawasan Tanah Merah(G.S.A.).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Program Gotong-Royong Raya PI1M Ayer Hitam

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Program Gotong-royong ini diadakan pada 17 Jun 2017 bermula dari pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang. Tujuan program ini adalah untuk memupuk... baca selanjutnya

Program Kdb Dan E-Waste Di Pusat Giat Mara Parit Sulong

Aktiviti Terkini | 4 Mei 2017

Pertandingan teka-teki ini diadakan pada 4 Mei 2017 bertempat di Dewan Pusat Giat Mara Parit Sulong. Tujuan program ini memberi penerangan tentang... baca selanjutnya

Perlawanan Persahabatan Futsal

Aktiviti Terkini | 15 April 2017

Perlawanan ini diadakan pada 15 April 2017 bermula dari pukul 4.00 petang sehingga 6.00 petang. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara... baca selanjutnya

Kuiz Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2017

Tujuan program ini adalah untuk menguji kefahaman para peserta tentang maklumat serta penerangan mengenai Klik Dengan Bijak(KDB)... baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Origami

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2017

Tujuan program ini adalah untuk mempelajari cara membuat origami melalui Youtube serta mempraktikkannya. Selain itu, pertandingan ini juga diadakan untuk mencungkil bakat kreativiti dalam kalangan peserta... baca selanjutnya

Pertandingan Teka-Teki>

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli pi1m dan mencungkil bakat kreativiti dan ketangkasan para peserta dalam menjawab soalan teka-teki yang diberikan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya