Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Punca-punca yang boleh dipercayai Mukim ini diberi nama Mukim Air Hitam, ialah keadaan semula jadi air di kawasan seluruh Mukim ini adalah berwarna hitam dan keadaan tanahnya pun hitam(Tanah gambut). Hinggalah ke hari ini keadaan air dan tanahnya masih lagi hitam.

Luas kawasan Mukim ini lebih kurang 23, 160 ekar, dengan bilangan penduduknya 13, 450 orang, kesemuanya adalah orang Melayu. Walaupun sebahagian besar tanah di Mukim ini tanah gambut, tetapi ada juga terdapat kawasan tanah bukit (Bukit Naning, Bukit Serdang, Bukit Tapai dan kawasan Tanah Merah(G.S.A.).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE

27 DISEMBER 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingaan Jigsaw Puzzle berkumpulan ini telah disertai oleh pelajar yang berumur... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS

07 NOVEMBER 2015 | Aktiviti Terkini

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran menaip... baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA 2015

10 OKTOBER 2015 | Aktiviti Terkini

Hari Sukan Negara 2015 Mukim Ayer Hitam... baca selanjutnya

PERTANDINGAN PERKATAAN DALAM PERKATAAN

26 SEPTEMBER 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Perkataan dalam Perkataan untuk pelajar sekolah rendah... baca selanjutnya

Gotong-Royong Merdeka

28 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Seramai lebih 10 orang penduduk Mukim Ayer Hitam terlibat dalam Program Gotong-Royong Merdeka ini. Program ini bertujuan mengemas dan memupuk semangat kemerdekaan di Pusat Internet 1 Malaysia dan juga kepada orang ramai... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya